Tips Kehidupan: 13 Nasihat Kehidupan Di Inspirasi Oleh Anthony Robbins
Kalau kita menyebut nama Anthony Robbins, pasti sudah ramai yang pernah mendengar kisah kejayaannya. Beliau adalah seorang Jurulatih Kejayaan yang terkenal di dunia dan ramai orang telah mengalami perubahan hidup yang luar biasa setelah menghadiri seminarnya. Apa yang membuatkan beliau mencapai kejayaan luar biasa?
#1 – Hargai Masalah
Setiap masalah adalah hadiah. Tanpa masalah, kita tidak akan berkembang menjadi lebih bagus lagi.
#2 – Tiada Batasan
Jika anda tidak boleh, Anda mesti buat dan Jika anda buat, Anda pasti boleh.
#3 – Bersedia Untuk Berubah
Kenapa perlu hidup seperti biasa, sedangkan anda mampu untuk hidup luar biasa.
#4 – Jangan Fokus Kepada Ketakutan
Fokus kepada arah tuju haluan hidup, bukan apa yang anda takuti.
#5 – Fokus Kepada Penyelesaian
Kenal pasti masalah anda, tetapi arahkan seluruh tenaga dan tumpuan kepada penyelesaian.
#6 – Bertindak
Sebuah keputusan sebenar diukur melalui tindakan baru yang anda laksanakan. Jika anda tidak bertindak, ini bermakna anda masih belum membuat apa-apa keputusan lagi.
#7 – Tanya Soalan Yang Tepat
Orang berjaya akan tanya soalan yang tepat dan hasilnya mereka menerima jawapan yang terbaik.
#8 – Bertanggungjawab
Walau apapun terjadi, anda mesti bertanggungjawab.
#9 – Beri Komitmen 100%
Anda akan sentiasa mempunyai cara – jika anda komited.
#10 – Fahami dan Kuasai Masa
Sebaik sahaja anda menguasai masa, anda akan faham kenapa ramai orang terlalu bangga dengan pencapaian dalam masa satu tahun dan mengapa mereka memandang rendah apa yang boleh mereka kecapi dalam masa satu dekad.
#11 – Tetapkan Matlamat
Menetapkan matlamat merupakan langkah pertama bagi mengubah sesuatu yang kita tidak boleh nampak kepada sesuatu yang jelas.
#12 – Mencari Inspirasi
Di dalam kehidupan anda memerlukan inspirasi atau desakan hidup.
#13 – Gunakan Kemampuan Diri Sehabis Boleh
Terdapat satu kuasa yang kuat yang memacu di dalam diri setiap manusia. Sebaik kuasa ini dibangkitkan sepenuhnya, ia boleh menjadikan visi, impian dan keinginan kita menjadi realiti.
Sumber: AOTribe.Com.My
Comments
Post a Comment