Tips Kehidupan: 7 Panduan Menjadi Pemimpin Hebat
Setiap manusia dilahirkan dengan satu tujuan iaitu untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. Khalifah itu bermaksud sebagai seorang pemimpin. Sesungguhnya, manusia itu adalah pemimpin dan pemimpin itu bertanggungjawab ke atas apa yang diamanahkan kepadanya. Bagaimana ingin menjaga amanah tanpa melalui proses kepimpinan? Proses itu bukanlah boleh didapati sehari dua, bahkan ia perlu dipupuk dipelajari demi memastikan setiap di kalangan kita mesti menjadi seorang pemimpin hebat.
Ikuti panduan bagaimana rahsia menjadi seorang pemimpin hebat, siapa lagi kalau bukan dari tokoh yang terkenal, Richard Branson. Selamat membaca.
Perkongsian 7 panduan menjadi pemimpin hebat ini dipetik dari buku penulisan beliau yang bertajuk “The Virgin Way: Everything I Know About Leadership.”
1) Keghairahan Bekerja (Passion)
Branson merupakan seorang yang tidak pernah mengalah dalam menukarkan idea luar biasa kepada realiti hidup walaupun beliau seringkali dikritik teruk oleh orang ramai.
Ada yang mengatakan bahawa Branson tidak akan berasa kecewa umpama bermain biola seorang diri jika projek yang dijalankan itu gagal. Kekuatan minda ini dipelajari dari ayahnya yang membenarkan beliau berhenti sekolah bagi memulakan pengeluaran majalah sendiri, dengan syarat beliau perlu menjual iklan sebanyak mungkin bagi menampung kos percetakan majalah tersebut.
2) Buat Perkara Baik
Branson amat mempercayai dengan falsafah hidup sebagai dermawan. Beliau telah menandatangani perjanjian dengan Bill Gates dan Warren Buffett untuk men derma search kekayaan belie kepada alma kebajikan.
Beliau telah menggunakan kerja-kerja kebajikan sebagai salah satu cara terbaik untuk menyatukan para pekerja. Dengan idea ini, beliau berjaya mendapat kumpulan besar peserta pekerja dari syarikat Virgin menyertai larian amal New York dan London. Dan wang yang terkumpul hasil dari larian amal ini didermakan kepada badan-badan kebajikan kegemaran mereka.
3) Percaya Kepada Perniagaan Anda
“Kepercayaan tinggi dalam objektif perniagaan dan diri boleh menjadi sebab utama kejayaan dan kegagalan anda. Jika anda tidak merasa bangga dengan apa yang anda lakukan sekarang, bagaimana orang lain ingin mempercayai anda?” mutiara kata dari Branson.
4) Berseronok
Branson mengatakan bahawa hati yang menyatukan semua syarikat-syarikat berbeza di bawah satu nama Virgin adalah dedikasi kerja yang menyeronokkan. “Berseronok adalah salah satu perkara yang paling penting bagi membina kejayaan. Jika anda tidak seronok dalam melakukan kerja tersebut, sudah tiba masanya anda cuba sesuatu yang baru.”
Branson mencadangkan agar memecahkan tradisi hierarki korporat melalui pengurusan majlis-majlis atau acara-acara lain bagi memastikan pekerja berasa selesa dan terbuka untuk berkongsi idea.
5) Jangan Putus Asa
Seperti usahawan lain, Branson pernah mengalami kegagalan dalam perniagaan. Antara contoh terbaik kegagalan adalah apabila beliau menubuhkan Virgin Cola bagi menandingi syarikat Coca-Cola atau penutupan Virgin Megastore. Walaupun beliau gagal, beliau tetap kekal meneruskan perjalanan perniagaan dengan lebih tekun lagi.
6) Tumpu Pada Mendengar, Kurang Pada Bercakap
Sejak kecil lagi Branson telah membina amalan menulis perkara-perkara yang beliau anggap ianya penting di dalam buku. Dia mengatakan amalan ini telah lama diamalkan dan beliau tidak akan tertinggal buku nota jika beliau ke mana-mana.
7) Seni Delegasi Kerja
“Seni delegasi kerja merupakan salah satu kunci kemahiran usahawan yang perlu di kuasai.” kata Branson.
Pemimpin hebat tahu bahawa mereka tidak mempunyai kapasiti atau masa untuk belajar setiap aspek syarikat mereka. Sebab itu, pemimpin hebat ini akan delegasi tugas kepada orang lain untuk menjaga perkara-perkara yang mereka tidak mahir atau perkara yang membazirkan masa bernilai mereka.
“Delegasi kerja juga dapat memberi ruang masa bagi anda untuk bersama keluarga, yang merupakan perkara paling penting dan utama dari semua perkara.” kata Branson.
Sumber: AOTribe.Com.My | Foto: Carian Google
Comments
Post a Comment