BANTAL DALAM SEJARAH
Bila-bila free nanti, cuba anda lakukan carian atas talian dengan kata kunci “pillow”. Hampir
berjuta-juta hasil carian yang muncul, termasuk lebih 30,000 laman
membeli-belah yang sedia menerima tempahan bantal anda. Ini bukti yang jelas,
menunjukkan bantal memang keperluan harian yang wajib pada era ini.
Kita percaya,
bantal memberikan kita keselesaan dan sokongan tubuh yang diperlukan semasa
tidur dan berbaring. Bantal yang gebu dan empuk
bukanlah konsep yang baru, namun tahukah anda ia BUKAN tujuan bantal
yang asal?
Bantal paling awal dikesan hampir 9,000
tahun yang lalu pada era Mesopotamia (Siapa-siapa nak ulang kaji era tamadun manusia, bolehlah buka semula buku sejarah kita dahulu hehe). Pada zaman ini, bantal
direkabentuk daripada batu. Bahagian atasnya pula dikikir membentuk bulan sabit
bagi menyokong leher.
Pada asalnya, tujuan bantal bukan untuk keselesaan.
Fungsi asasnya fokus kepada meninggikan bahagian kepala daripada tanah,
menghalang serangga yang melata merayap masuk ke dalam mulut, hidung dan
telinga.
Masyarakat purba Mesir dan Cina turut
menggunakan bantal yang seakan-akan sama dengan bantal batu ini. Kedua-dua
puak ini bagaimanapun, mempunyai sebab tersendiri mengenai penggunaannya.
BANTAL PURBA MESIR |
Masyarakat purba mesir percaya bahawa
bahagian kepala merupakan organ yang amat penting untuk spiritual dan umpama
‘nyawa’ tubuh badan mereka. Oleh itu, bantal dan tempat bersandar ini direka
untuk ‘memegang’ dan melindungi kepala. Kebanyakan bantal mereka hampir sama
dengan bantal masyarakat Mesopotamia yang dikikir bahagian atasnya. Biasanya,
ia juga diukir dengan kayu dan digunakan khas oleh VIP dan mereka yang berstatus tinggi
dalam masyarakat.
BANTAL PORSELIN CINA |
Masyarakat purba cina pula gemar mengukir
dan menghiasi bantal mereka. Daripada material jenis kayu, batu, buluh,
porselin, gangsa malah juga jed; semua dijadikan bantal. Walaupun mereka tahu
dan mampu membuat bantal yang lembut dan empuk, mereka percaya bahawa bantal
yang gebu ini boleh menyerap tenaga dan kekebalan seseorang yang sedang tidur.
Kata mereka lagi, bantal ‘lembik’ ini tidak berupaya menghalau semangat jahat
yang datang mengganggu semasa tidur.
Masyarakat Greek dan Roman pula
menggunakan bantal yang hampir sama dengan bantal kita hari ini. Bantal mereka
diperbuat daripada kain, yang diisi dengan bulu ataupun ‘straw’.
Walau bagaimanapun, masyarakat Eropah
pada zaman pertengahan menolak penggunaan bantal. Golongan lelaki berpendapat
bantal simbol kelemahan, dan keperluan terhadap bantal dihadkan hanya untuk
wanita mengandung.
Kawan-kawan tahu, bantal
pun ada zaman kebangkitan. Ia mula ‘bangkit’ dan terkenal selepas zaman
pertengahan. Walaupun sudah popular, ia masih belum digunakan dengan meluas
seperti hari ini, sehinggalah berlaku revolusi industri.
Kemajuan teknologi yang
mampu menghasilkan tekstil secara besar-besaran akhirnya membolehkan lebih
ramai memiliki bantal. Selain bantal, kerusi berkusyen dan kerusi sofa yang
bercorak dan menarik juga mula digunakan ramai, sedangkan pada awalnya barangan
ini hanya digunakan mereka yang berstatus tinggi.
Seronok memerhatikan
evolusi bantal. Dengan pembaharuan material bantal yang pelbagai,
bentuknya juga berubah-ubah. Semuanya cuba memberikan kita sokongan dan
keselesaan untuk tidur yang lebih lena. Walaupun kita tidak lagi membeli bantal
untuk menghalang serangga daripada masuk ke dalam telinga, bantal tetap menjadi
keperluan penting dalam rutin harian kita.
Kalau dapat bantal DAGTM
yang lembut, gebu dan ideal dengan postur kita, pasti tersenyum puas apabila bangun tiap-tiap pagi. Dah dapat tidur berkualiti, hilang segala lelah seharian. (Tapi kalau terlajak tidur pun kami tak jamin tau - sebab bantal hotel DAGTM ini memang syok!) Tak percaya, jom cuba sekali!
Foto: Carian Google |nusya
Comments
Post a Comment