Ejen Luar Biasa D.A.G: Part 2 - Puan Nur Zulaikha (Kak Long Nuzula)

Hai kawan-kawan.
Seperti yang diketahui semua, pihak DAGTM telah mengumumkan 2 orang ejen terbaik kami untuk menerima tajaan sepenuhnya menunaikan ibadah umrah.

Tanpa menunggu lama, terus kami hantarkan mesej personal kepada 2 orang ejen bertuah ini. Temubual tersebut dijalankan supaya mereka dapat berkongsi cerita dan tips menarik sepanjang mereka mengusahakan jualan bantal-bantal hotel DAGTM ini.

Puan Nastasha sudah pun berkongsi rahsia beliau dalam Part 1
Dalam Part 2 ini, jom selami ceritera yang dikongsikan oleh Puan Nur Zulaikha, atau lebih dikenali dengan nama mesranya Kak Long Nuzula. 

Walaupun rumah Kak Long Nuzula terletak jauh di pantai timur, jurang jaraknya dengan HQ DAGTM tidak menghalang beliau untuk mendapatkan stok memenuhi kehendak pasaran setempat, mahupun pasaran atas talian. 

Nak tahu lebih lanjut tentang Kak Long Nuzula? Jom baca!

Ejen Luar Biasa DAGTM - Part 2
--------------------------------------------
Nama : Nur Zulaikha Mohd. Bekeri (Kak Long Nuzula)
Team : Aspirasi Pillow
Tempoh penglibatan : Julai hingga Nov (sehingga entri ini ditulis beliau masih aktif dan jualan bantal terus meningkat)
Jumlah jualan berpasukan setakat Oktober 2016 : 7,500 ++ biji bantal




DAGTMTahniah puan! Atas kejayaan puan dinobatkan sebagai ejen terbaik DAGTM kali ini. Sudikah puan kongsikan, bagaimana puan boleh terjebak dalam urusniaga bantal DAGTM ini?

Pn Nur Zulaikha:
Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah dan terima kasih DAGTM atas peluang bisnes ini, terima kasih juga untuk hadiah tajaan umrah yang sangat bernilai ini.

Penglibatan saya mula-mula dulu secara tak langsung sebenarnya. Saya lihat daripada awal Puan Sapinah promosi bantal DAGTM di Facebook tapi masa tu saya tengok saja. Hinggalah saya lihat beberapa orang rakan saya turut menjual bantal DAGTM,
"Eh, macam berminat pula!" 

Apabila saya mula kongsikan bantal hotel DAGTM di Facebook, ramai sangat yang berminat dan nak jadi ejen. Alhamdulillah.


DAGTM: Sudah berapa lama puan terlibat sebagai ejen sah DAGTM?

Pn Nur Zulaikha:
Saya mula bulan Julai 2016. Secara rasminya selepas raya Aidilfitri 2016. 
Kini, dah hampir 4 bulan bersama DAGTM.


DAGTM: Apa rahsia puan untuk mencapai jualan yang tinggi? Apa motivasi/push factor untuk puan sampai ke tahap sekarang?

Pn Nur Zulaikha:
Sebenarnya tak ada rahsia pun. Komited dengan apa yang kita buat. Kalau Allah dah bagi jalan, buat sungguh-sungguh. Sebenarnya rakan-rakan ejen team saya juga sebagai penguat semangat. "Work in a team," orang kata. Sama-sama saling membantu. Sama-sama saling menyokong. InsyaAllah, sama-sama berjaya. 




DAGTM: Boleh puan kongsi pengalaman/review menggunakan bantal keluaran DAGTM?

Pn Nur Zulaikha:
Bagi saya, ia sangat memuaskan. Best! Memang berbaloi-baloi sungguh. Oleh sebab itu, ada saja pelanggan yang 'repeat order'. Senang nak jual bantal hotel DAGTM ini. Sebut saja bantal hotel DAGTM, terus ramai tanya. Review daripada pelanggan pun Alhamdulillah sangat memuaskan. 




DAGTMAda tak tips murah rezeki yang puan sudi kongsi dengan kami, pengikut setia DAGTM?

Pn Nur Zulaikha:
Bagi saya nombor 1, keyakinan dan keberserahan yang padu hanya pada Allah. Yakin dengan rezeki Allah. Bergantung dan berserah hanya pada Allah.

Semua pun dengan izin Allah. Kalau Allah tak bantu, tak dapat juga.

Lepas tu baru amalan. Contoh: Dhuha, zikir, tahajud dan sebagainya.

Yang penting jangan sandarkan pada amalan. Kita buat amalan sebab kita hamba, semata-mata nak dapat redha Allah. 


Tahniah Puan Nur Zulaikha! Perkongsian ini ringkas namun cukup bermakna. Sarat dengan panduan yang boleh kita semua praktikkan. 

Diharapkan kisah-kisah hebat 2 orang ejen DAGTM  ini mampu memberikan inspirasi kepada kalian semua. Tak kisah apa jua kalian usahakan, kunci kejayaan nampaknya memang terletak kepada kuasa tindakan dan keyakinan kita kepada Dia Yang Maha Besar.

Kami daripada pihak DAGTM  mendoakan kesejahteraan Puan Nur Zulaikha dan Puan Nastasha sepanjang menunaikan umrah nanti. Semoga segala urusan dimudahkan, dan perjalanan pergi dan pulang ke tanah air selamat semuanya, insyaaAllah.

Untuk yang lain, marakkan semangat, dan semoga kita terus kental dan success sentiasa!!!



Comments

Popular Posts