Bantal Elemen Penting Dalam Penggambaran Hollywood?!! Apa Lagi Fakta Menarik Tentang Bantal?

Dah hujung-hujung tahun ini, akan banyak jualan mega bakal berlangsung untuk penghabisan stok. Antara yang ditunggu-tunggu, termasuklah jualan murah perabot rumah dan set bilik tidur. Bercakap pasal katil dan tilam yang empuk, mestilah bantal pun termasuk dalam senarai, betul tak?




Pemilihan bantal yang betul penting untuk postur badan semasa tidur. Ia seharusnya memberikan sokongan kepada tubuh, untuk menggalakkan tidur yang lena dan berkualiti.

Kawan-kawan nak tahu tak, ada beberapa fakta menarik mengenai bantal?


Bantal Cina Purba
Asal usul
Bantal sudahpun wujud sejak beribu-ribu tahun lamanya. Namun, ia tidak digunakan meluas seperti hari ini. Bantal mula digunakan golongan kaya-raya di rantau Asia dan di kalangan masyarakat purba Mesir. Dulu-dulu, bantal digunakan untuk meninggikan kedudukan kepala semasa tidur, ia dibuat daripada batu, kayu dan logam. 
Sepanjang era purba China, Parsi dan zaman pertengahan Eropah, mereka mula mengukir dan menghias bantal. Malah, ia mula menjadi satu bentuk seni yang terkenal dalam masyarakat semasa.

Tak lama selepas itu, bantal mula menjadi kebiasaan di kalangan wanita hamil (dan adakalanya orang lelaki), walaupun bantal dikaitkan sebagai simbol kelemahan. Apabila revolusi industri berlaku, industri tekstil mula berkembang dan berupaya menghasilkan bantal dengan kuantiti yang banyak. Pada masa ini, barulah bantal digunakan secara berleluasa.




Contoh struktur bulu itik/angsa yang digunakan dalam karung bantal

Material
Material bantal berubah seiring dengan peredaran masa. Batu, kayu dan logam digunakan pada zaman kuno Mesir dan Asia. Selain itu straw dan gandum kuda (buckwheat) juga turut dijadikan isian bantal. Ia terus berevolusi hinggalah sekarang, material yang sering digunakan termasuklah bulu binatang, lateks, getah berbusa (foam) dan isian sintetik. Bantal daripada bulu itik dan angsa selalunya lebih mahal, namun ada yang sanggup berbelanja mendapatkan bantal ini kerana ia paling selesa digunakan.


Jangka Hayat
Bantal seharusnya digantikan setelah sampai kadar masanya. Jangka hayat bantal bergantung kepada jenis material buatannya. Jika ia organik, ia mungkin bertahan  5 hingga 10 tahun. Jika berasaskan polyester, jangka hayatnya boleh mencapai 2 tahun.



Budaya masyarakat
Lazimnya, bantal selalu saja kelihatan dalam filem mahupun televisyen pada masa kini. Namun, tahukah anda bahawa bantal merupakan 'props' yang penting di kalangan pembikin filem Hollywood suatu ketika dahulu. 
Perang bantal (Pillow fight) antara adegan penting untuk mereka tunjukkan emosi. Lagi banyak bulu-bulu dalam bantal yang berterbangan keluar semasa babak bergaduh, maksudnya lagi hebat 'pertarungan' watak dalam cerita tersebut.


Ini pula gambar semasa Perang Bantal Antarabangsa

Ada pula acara tahunan seperti ini di luar negara.



Bantal dan kusyen yang cantik mudah didapati sekarang. 

Hiasan
Bantal bercorak tampak menarik untuk hiasan dalaman sesebuah rumah. Ia elemen mudah untuk menaikkan seri dan warna mana-mana ruang. Apabila bantal hiasan seperti kusyen mula digunakan pada era jajahan Amerika, para wanita suka menghabiskan berjam-jam lamanya untuk menyulam sendiri corak-corak pada bantal. Mereka jahitkan juga ringkasan nama mereka di hujung bantal tersebut. 



Bantal Hotel DAGTM

Ingat, kita perlu cakna dengan material bantal kita, manalah tahu dah sampai masa untuk menggantikannya. Alang-alang tengok katil dan tilam baru, jangan lupa tempah bantal hotel DAGTM yang memang best tu! 
Bantal pilihan anda seharusnya sesuai dengan keselesaan tulang belakang semasa posisi tidur. Sesetengah orang pula memang suka letakkan bantal di bawah lutut, "Lebih lena tidur," kata mereka. Jom, cuba!



Foto: Carian Google & akaun media sosial ejen-ejen hebat DAGTM | Nusya 


Comments

Popular Posts