Variasi Isian Bantal, Yang Mana Satu Pilihan Anda?
Alangkah seronoknya menghenyakkan badan ke atas katil, sambil ada bantal gebu yang menampung kepala. Terasa berterbangan pergi semua rasa penat dan lelah sepanjang hari. Indahnya tidur setiap malam, kalau dapat beradu dan lena bak sang puteri, betul tak?
Bantal dan posisi tidur penting untuk tidur yang berkualiti. Walau bagaimanapun, tiada satu bantal pun yang sesuai untuk semua orang. Setiap individu mempunyai definisi berbeza tentang rasa selesa. Masing-masing ada kecenderungan sendiri.
Saiz bantal, bentuk, material, tahap kegebuannya, atau lembutnya sesuatu bantal itu faktor penting untuk seseorang memilih bantal. Kunci utamanya, kita perlu pilih bantal yang sesuai dengan kita.
Saiz bantal, bentuk, material, tahap kegebuannya, atau lembutnya sesuatu bantal itu faktor penting untuk seseorang memilih bantal. Kunci utamanya, kita perlu pilih bantal yang sesuai dengan kita.
Tahukah anda, ada beberapa jenis isian bantal yang biasa didapati dalam pasaran?
Isian Bantal Gandum Kuda (Buckwheat) |
1. Isian bantal semulajadi.
Isian semulajadi ini selalunya didapati daripada haiwan, contohnya bulu angsa ataupun itik. Gebu dan empuknya bantal tersebut bergantung kepada jumlah bulu haiwan yang dimasukkan ke dalam karung. Ia juga menentukan berapa lama bantal tersebut boleh bertahan.
Selain bantal kekabu yang selalu kita gunakan, antara isian semulajadi yang digunakan (namun jarang didapati kini) adalah gandum kuda (buckwheat) yang bersifat hipoalergenik. Isian jenis ini mesra dengan kontur kepala dan leher semasa berbaring.
Selain bantal kekabu yang selalu kita gunakan, antara isian semulajadi yang digunakan (namun jarang didapati kini) adalah gandum kuda (buckwheat) yang bersifat hipoalergenik. Isian jenis ini mesra dengan kontur kepala dan leher semasa berbaring.
2. Isian Bantal Sintetik
Isian bantal jenis ini bermaksud materialnya adalah buatan manusia. Contohnya fiber jenis polyester dan gentian sutera. Walaupun jangka hayatnya tidak sepanjang bantal isian semulajadi, material jenis ini juga bersifat hipoalergenik dan lebih mesra poket.
3. Bantal Foam
Bantal foam/busa ini selalunya diperbuat daripada poliuretana dan getah. Material ini sememangnya hipoalergenik. Bantal busa ini lebih mahal, namun rekabentuknya betul-betul mengikut bentuk kepala dan leher, secara tak langsung memberikan sokongan optimum kepada tulang belakang.
Bantal yang dibuat daripada getah pula lebih pejal dan mantap, ia juga lebih berat berbanding yang lain.
Dalam usaha mencari bantal yang sesuai dengan kita, pasti perlu banyak mencuba. Cuba dapatkan pelbagai jenis bantal, kemudian berbaring. Terlentang, mengiring, meniarap dan mana-mana posisi yang anda fikirkan boleh. Dah cuba, baru tahu yang mana paling best dan serasi dengan tubuh badan kita!
Bantal hotel jenama DAGTM setakat ini mengeluarkan 4 jenis produk daripada kategori (1) dan (2). Kami ada bantal organik berasaskan kekabu. Kemudian kami ada bantal jenis polyester dan microfibre.
Bantal foam tiada, jarang-jarang bilik hotel sediakan bantal jenis ini kepada tetamu mereka.
Kalau nak tahu perincian maklumat mengenai bantal yang kami pasarkan setakat hari ini, nantikan dalam post akan datang, ya.
Siap sedia, tak lama lagi mesti rambang mata nak pilih mana satu bantal yang syok nak tidur ni!
Jumpa lagi, kawan-kawan!
Foto: Carian Google | Nusya
Comments
Post a Comment