Kisah 'Power Nap' Dan Bantal Hotel DAG

Kawan-kawan pernah tak rasa penattttt sangat, 
lepas tu dapat terlelap 10 minit terus rasa segar dan bertenaga semula?

Itulah kuasa 'power nap'!


Jika kena dengan caranya, sunnah nabi yang dikenali sebagai 'qailullah' ini memang berkesan untuk merangsang produktiviti kita di siang hari.

Qailullah ertinya tidur seketika di waktu siang, paling sesuai seketika sebelum masuk waktu zuhur.

Dalam erti kata lain, kita dapat caj semula 'bateri' tubuh badan kita.


Nak dijadikan cerita, hari ini saya berkesempatan nak merasa nikmat power nap. Bukan selalu boleh tidur siang, ada peluang memang seronok sangat kalau dapat lelap sekejap.

Saya pasangkan niat,
"Ya Allah, izinkan aku berehat untuk 15 minit."

Disebabkan saya memang mengantuk dan lemah longlai kerana mengalami sakit perut, saya panjangkan lagi hajat di hati,
"Namun berikanlah aku rasa kepuasan tidur seolah-olah 3 jam lamanya." 

.
Jam 6 petang saya terjaga. Genap 3 jam saya tidur. Huwaaaaaaa!
Jenuh menangis tak berlagu~~~

 
Tidur dengan bantal hotel DAGTM rupanya, padanlah tak terasa nak bangun. Hahaha!


Foto: Carian Google | Nusya

Comments

Popular Posts