Review: Bantal Hotel Microfiber

“Sayang, awalnya tidur, dah gosok baju?” tanya sang suami yang baru masuk ke dalam bilik.
Saya masih berbaring kaku sambil memejamkan mata, berpura-pura tidur.

“Belum, tak boleh nak bangun,” jawab saya ringkas.

Suami terkejut, “Eh kenapa, sakit ke?!”

“Tak lah. Bantal baru, tak sampai hati nak bangun. 
Tak sanggup nak lepaskan bantal gebu ni. Dah lama tak jumpa bantal macam niii......”

Cepat-cepat suami capai bantal baru yang saya sediakan untuk dia, terus ‘landing’ di sebelah saya.

“Bestnyaaaaaa, bantal apa ni???”

5 minit selepas itu, dia pula tak nak tinggalkan bantal.


 ********************************************************


Kawan-kawan, ini antara produk DAGTM yang mula mendapat perhatian di kalangan pemburu bantal. Kenapa? Jom baca.





Setakat hari ini, dah 3 jenis bantal hotel DAGTM berada dalam pasaran Malaysia:
  1. DAGTM (Hollowfill)
  2. Microfiber M1 (1.0 kg)
  3. Microfiber M2 (1.2 kg) 


Saya dah cuba ketiga-tiganya. Dan semua memang best! Betul tak tipu, kalian kena cuba sendiri.

Setiap jenis bantal ini dihasilkan dengan teliti mengikut spesifikasinya. Namun untuk entri kali ini saya nak bercerita mengenai seronoknya tidur dengan bantal hotel Microfiber DAGTM.

Bercakap mengenai isian bantal yang sintetik, tiada material selain microfiber yang mampu memberikan anda rasa dan ilusi ‘semulajadi’ seakan-akan kekabu asli. 

Selain sifatnya yang hipoalergenik, carik-carik fiber yang halus menjadikan bantal tersebut lembut dan betul-betul gebu. 

Bantal Microfiber M2 umumnya lebih padat berbanding Microfiber M1, seiring dengan perbezaan beratnya sebanyak 200g. 

Sebaiknya sahaja menghenyakkan kepala di atas bantal ini, kepala saya tenggelam ditelan bantal gebu ini. Selesa yang amat. Seolah-olah kepala kita ‘secured’ dan ‘pampered’, dilindungi fiber ajaib yang sangat lembut dan memukau. Rasa seronoknya berbaring itu umpama saya sedang terapung-apung dan benar-benar relaks. 

Tekstur bantal microfiber yang lembut ini juga ‘just nice’ dengan posisi bahu. Malah ia juga mesra dengan postur belakang saya (sama ada sedang mengiring mahupun terlentang).

Kenapa anda perlukan bantal ini. Apakah kelebihan microfiber?
  • Lembut dan gebu – Carik-carik microfiber yang halus yang sangat lembut dan selesa
  • Bersih dan bergaya – Bersifat hipoalergenik, sesuai untuk mereka yang sensitif terhadap debu dan hama
  • Kering dan selesa – Kepulan microfiber tidak memerangkap peluh dan lembapan
  • Mesra cucian mesin – Senang dijaga, serta mudah dicuci dan dikeringkan. Bantal kekal gebu dan tidak lembik.





"Macam bestttt saja bantal ni," mesti kalian teruja nak tidur lena dengan Bantal Hotel DAGTM jenis microfiber ini, betul tak?

Jangan risau, cuba hubungi ejen sah Bantal Hotel DAGTM berhampiran anda, untuk maklumat lanjut. 

Pastikan anda dapat yang original ya!




Foto: Carian Google | nusya

Comments

Popular Posts