Tips Kewangan: 8 Manfaat Utama Pendidikan Kewangan
Ketahui Bagaimana Menguruskan Belanjawan
Menjejaki perbelanjaan harian anda dengan teliti akan memberikan anda kesedaran dan kefahaman tentang berapa banyak wang yang masuk dan di mana ia akan keluar. Ini boleh membantu anda mengurangkan perbelanjaan yang membazirkan dan menambahkan lagi simpanan anda.
Jadi Seorang Penyimpan Yang Bijak
Jadi Seorang Penyimpan Yang Bijak
Ramai orang hari ini tidak mempunyai simpanan yang cukup untuk menampung bil mereka selama enam bulan yang akan datang dan ramai yang tidak mempunyai simpanan langsung. Oleh itu, jadi seorang penyimpan yang bijak agar ia dapat membantu anda untuk mewujudkan simpanan yang kukuh dan bersedia dengan perancangan kewangan anda untuk waktu kecemasan.
Uruskan Pelan Caruman Anda
Sebahagian besar daripada kita mempunyai pelan caruman persaraan, tetapi kita tidak memahami bagaimana untuk mengambil kesempatan daripada manfaat yang ditawarkan oleh pelan tersebut. Dengan ilmu kewangan, anda akan dapat memaksimakan keuntungan pelan caruman anda.
Elakkan Perangkap Hutang
Elakkan Perangkap Hutang
Hari ini, terdapat lebih banyak cara untuk seseorang masuk ke dalam perangkap hutang berbanding sebelum ini. Ramai di antara kita bermula dengan hutang sejurus kita keluar dari alam persekolahan dengan pinjaman pelajar, hutang kad kredit dan banyak lagi. Program pendidikan kewangan boleh mengajar anda bagaimana untuk mengesan perangkap hutang dan cara-cara terbaik untuk keluar dari apa-apa situasi dan jumlah hutang.
Ambil Langkah Kawalan Untuk Keselamatan Persaraan Anda
Ramai orang hari ini tidak menabung untuk persaraan, tetapi ia masih belum terlambat. Anda boleh memikirkan cara terbaik untuk menyimpan untuk hari persaraan anda dengan membuat perancangan bagaimana untuk mencapai matlamat anda. Satu cara terbaik adalah dengan memperuntukkan 10 peratus daripada gaji anda untuk tabung persaraan.
Membina Ketenangan Fikiran
Bagaimana anda rasa jika anda tidak perlu bimbang tentang isu-isu kewangan atau persaraan? Dengan jaminan kewangan, ia dapat melegakan salah satu isu yang paling tinggi membuat orang rasa stres atau tertekan dalam kehidupan dan dengan jaminan kewangan, ia juga dapat membantu membina keyakinan kita untuk masa depan.
Ketahui Faedah Melabur Dalam Jangka Panjang
Resipi untuk berjaya adalah dengan melabur dalam syarikat-syarikat yang kukuh dan berpegang pada portfolio pelaburan itu untuk satu jangka waktu panjang. Pelabur Unggul Warren Buffet menasihati pelabur bagaimana pelaburan jangka panjang boleh memberi manfaat kepada portfolio mereka contohnya, jika seseorang telah melabur $30 dalam portfolio Nestle pada tahun 1929, pasti ia akan bernilai lebih daripada $5 juta hari ini. Jadi, buat pilihan yang bijak dan bertenang apabila pasaran jangka pendek melalui kemerosotan. Pelabur tidak semestinya hanya cuba melabur atau membeli semasa harga pasaran tinggi, apalagi menghadapi risiko menjual dengan pulangan yang rendah.
Anda Boleh Mendidik Anak Anda
Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh lakukan adalah mendidik anak-anak anda bagaimana untuk menguruskan kewangan mereka dengan bijak demi masa depan mereka. Mulakan dengan mendidik mereka dari usia awal lagi bagaimana menjadi seorang penyimpan yang bijak!
Sumber: AOTribe.Com.My
Comments
Post a Comment