20 Tips Untuk Tidur Yang Betul-Betul Lena, Mesti Cuba!

Pusing kanan, pusing kiri, pusing kanan lagi tai pmata masih belum terlelap. Terlentang terlangkup pun dah cuba, adakala rasa macam ayam goreng yang dibalik-balikkan dalam kuali pula hahaha.

Kawan-kawan, 
pernah tak rasa susah betul nak tidur lena. Kalau dapat terlelap pun, tak sampai 10 minit terbeliak semula. Parah juga begini, apabila tak cukup rehat... mesti tak cergas esok hari.

Kali ini, kami kongsikan beberapa tips wajib cuba, macam mana nak dapatkan rehat yang cukup dengan tidur lena yang berkualiti.

1. Amalkan rutin tidur yang konsisten setiap hari.
Jika anda seorang yang sibuk dan sering terlajak masa. Sediakan jam penggera supaya anda masuk tidur pada waktu yang sama setiap hari.



2. Musuhi 'snooze'
Haaaa... ni ramai yang buat, betul tak? Set pukul 5.30 pagi, kemudian snooze sampai 30 minit hahaha! Okay, jom hentikan amalan ini mulai esok. Tetapkan jam penggera pada waktu anda benar-benar mahu bangun. Kalau anda suka snooze sampai 3 kali, lebih baik lewatkan penggera 30 puluh minit, lepas tu terus bangun ya. Snooze ini menyebabkan tidur lena anda terganggu.

3. Jauhi kafein dan minuman beralkohol lebih-lebih lagi pada waktu malam
Kalau anda berjaya lelap pun, nanti senang terjaga kalau minum kopi tu.

4. Pakai sarung kaki, jika anda tidur dalam bilik berhawa dingin.
Kajian pada tahun 1999 menunjukkan, seseorang itu lebih mudah tertidur apabila memakai sarung kaki jika beliau tidur dalam cuaca yang sejuk.


5. Kurangkan pencahayaan
Bilik yang gelap merangsang rasa mengantuk lebih cepat. Tutup semua lampu, atau pakai topeng mata untuk memastikan anda benar-benar tidak terganggu dek cahaya.

6. Suhu bilik yang sesuai
Pastikan suhu bilik anda tidak terlalu panas hingga berpeluh-peluh semasa tidur, dan pastikan juga ia tidak terlalu sejuk sampai anda menggigil-gigil.

7. Kurangkan aktiviti, satu jam sebelum tidur.
Jauhi juga televisyen, telefon dan laptop, mahupun kerja-kerja rumah.

8. Lakukan senaman ringan setiap hari
Tak perlu aktiviti berat, cukup sekadar 15-20 minit sehari membantu anda mendapatkan rehat yang sempurna. Namun, elakkan bersenam sebelum tidur, adakalanya peluh-peluh tersebut menghilangkan rasa selesa untuk tidur.

9. Elakkan makanan berat pada waktu malam
Ini bertujuan mengurangkan kerja badan untuk menghadam makanan berat tersebut pada waktu ia sepatutnya rehat.

10. Katil hanya tempat untuk tidur.
Selain tidur, elakkan aktiviti-aktiviti harian berlaku di sini. Contohnya, cuba untuk TIDAK melakukan kerja-kerja pejabat, menonton televisyen atau makan di atas katil.


11. Pastikan bilik tidur anda nyaman dan sunyi
Kalau boleh, jarum saat jam yang berbunyi pun elakkan. MELAINKAN, bunyi tersebut dapat membantu anda rasa 'selesa' dan 'selamat' hingga membantu anda relaks dan terlelap.

12. Pastikan tilam anda sesuai dengan keperluan anda
Tidak terlalu keras, dan tidak pula terlalu lembik. Barulah badan tidak sengal-sengal apabila bangun tidur.

13. Qailullah - atau power nap
Tidur sebentar 20-30 minit pada waktu siang jika berkesempatan.

14. Amalkan rutin tidur dan bangun yang serupa, walaupun pada hujung minggu
Percayalah, disiplin ini boleh membantu anda menghilangkan 'Monday blues' hihihi.

15. Lakukan senaman pernafasan
Sebelum tidur, tarik nafas dalam-dalam hingga perut anda naik dan hembus perlahan-lahan melalui mulut. Ulang beberapa kali sebelum anda berbaring. Senaman ini melancarkan peredaran darah dan membantu anda lebih tenang.



16. Muhasabah dan memaafkan
Seorang pakar psikiatri juga pemegang tauliah Ph.D, Dr. Michael A. Grandner merupakan instruktor dalam sebuah program Perubatan dan Terapi Tidur di Universiti Pennsylvania turut mengakui hal ini. Kata beliau, "Ambil masa untuk mengimbas kerja-kerja anda pada hari ini, dan rancang untuk esok. Kosongkan 'desktop' mental anda. Kemudian tidur." Lebih tenang minda anda, lebih mudah untuk anda terlelap lena. 

17. Mandian air hangat dan aromaterapi
Kajian menunjukkan aroma Lavender membantu mereka yang mengalami insomnia khususnya di kalangan wanita. 
Mandian air suam pula meningkatkan suhu badan anda; kemudian suhu badan anda turun mendadak selepas mandi. Keadaan ini menyerupai penurunan suhu badan secara semulajadi apabila anda ingin tidur. Oleh itu, anda akan lebih cederung untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

18. Cari matahari sebaik sahaja bangun tidur
Jika anda masih mengantuk seusai solat subuh, keluar berjogging atau cukup sekadar keluar ke beranda untuk merasakan ketenangan dan kesegaran pancaran sinar matahari. Keadaan ini menjadikan minda anda peka dan terus 'bangun'!

19. Elakkan minum terlalu banyak air sebelum tidur
Oleh itu, anda tidak perlu bangun dan berulang-alik ke bilik air semasa tidur malam



20. Tukar bantal!
Haaa! Yang ni kami paling suka! Muahaha! Jika bantal anda terlalu lama, mungkin terdapat hama-hama kecil yang sudah lama mendiaminya, secara tidak langsung menimbulkan alahan yang tidak anda sedari. Akibat daripada alahan ini, anda mungkin sukar untuk lena.

Bantal yang betul dan sesuai dengan anda juga penting, Jika anda suka tidur telentang atau meniarap, pastikan bantal anda jenis nipis. Jika anda suka tidur mengiring, dapatkan bantal yang lebih pejal untuk mengisi ruangan antara telinga dan bahu.

Kini, semua boleh miliki PhD!
Bantal keluaran kami, PhD (Polyester Helix DAGTM) dan DAGTM Hollowfill  memang pejal dan montok. Kalau nak yang lebih empuk tapi tetap 'gebu-gebas', kami ada Microfibre M1 dan M2. Macam-macam ada, menarik bukan! 

Jom hubungi ejen berdekatan anda untuk cuba bantal-bantal keluaran DAGTM sekarang, kami doakan tidur anda lebih lena dan puas dengan #PenanganBantalHotelDag ini!

Ingat Bantal, Ingat DAGTM



Foto: Carian Google | Nusya

Comments

Popular Posts