Inspirasi Ejen: Kak Yah Global (KYG) Terus Melonjak Maju Bersama DAG!
Bagi pengikut setia Das Abdul Global, nama Kak Yah Global (KYG) bukan lagi nama yang asing kerana KYG ini antara kelompok ejen DAGTM yang gah dan sering di'tag' dalam page Facebook Das Abdul Global.
Perkembangan KYG yang menggalakkan ini diketuai pengasasnya, Puan Raja Izni Munirah Omar, atau lebih mesra dengan panggilan Kak Yah. Baru-baru ini, ada khabar gembira yang berjaya menarik perhatian kami untuk menemubual beliau secara eksklusif.
Kata orang, tokoh-tokoh berjaya ini selalunya orang-orang biasa juga. Namun tindakan mereka yang LUAR BIASA, selalu memberikan mereka hasil yang UNIK dan GEMPAK!
Nak tahu apa yang menarik? Jom ikuti kami dalam hasil temubual yang amat menginspirasi ini!
-------------------------------------------
Nama : Raja Izni Munirah Omar @ Kak Yah
Team : Kak Yah Global (KYG)
Tempoh Penglibatan : Sept hingga Disember 2016 (Sehingga entri ini ditulis, beliau masih aktif memasarkan produk-produk DAGTM)
DAGTM : Macam mana Kak Yah boleh terjebak dalam urusniaga bantal ni? Dah berapa lama Kak Yah terlibat sebagai ejen? Berapakah bilangan ejen di bawah naungan Kak Yah Global (KYG)
Kak Yah:
Pada mulanya Kak Yah dapat tahu tentang bantal hotel DAGTM dari posting Kaklong Nuzula di FB beliau. Selama sebulan Kak Yah tengok sahaja tanpa berbuat apa kerana Kak Yah fikir jual bantal satu perkara yang susah dan rumit kerana ianya benda baru bagi Kak Yah.
Tambah lagi, agak susah untuk membuat penghantaran pada pelanggan kerana fizikalnya besar. Kosnya mungkin mahal. Namun, setelah banyak kali melihat kesungguhan Kaklong Nuzula bercerita tentang kelarisan bantal hotel DAGTM, Kak Yah fikir, apa salahnya kalau Kak Yah cuba jual.
Modal tidak menjadi masalah bagi Kak Yah kerana untuk menjadi ejen hanya memerlukan RM1000 lebih. Teringat pesan Puan Ainon, untuk mulakan perniagaan jangan guna modal lebih RM2000. Jadi Kak Yah bertambah yakin.

Selepas rasa hati membuak-buak untuk terjebak dengan jualan bantal hotel DAGTM, Kak Yah nyatakan hasrat Kak Yah pada emak yang berada di kampung. Emak Kak Yah seorang ahli perniagaan di Kota Bharu. Beliau lebih arif tentang bisnes jadi beliaulah tempat untuk Kak Yah buat rujukan terlebih dahulu. Beliau bagi sokongan sepenuhnya. Katanya,
"Bantal tidak akan basi. Boleh simpan stok jika tidak laku. Selagi ada waktu malam, selagi ada orang tidur, selagi itulah bantal boleh dijual."
Dengan sokongan dari emak, persetujuan dari suami Kak Yah, Abe Wea; Kak Yah mulakan bisnes bantal hotel DAGTM pada bulan September 2016. Alhamdulillah setakat ni ejen di bawah Kak Yah mencecah 40 orang. Tak termasuk sub-ejen dan dropshipper.
Antara barisan ejen DAGTM yang bernaung di bawah KYG |
DAGTM : Apa tips Kak Yah untuk mengekalkan momentum jualan produk-produk DAGTM ini? Apa motivasi/push factor untuk Kak Yah sampai ke tahap sekarang?
Kak Yah:
Untuk mengekalkan momentum dalam bisnes bantal hotel DAGTM, Kak Yah sedaya upaya membuat stok sentiasa ada. Jadi mudah untuk ejen-ejen Kak Yah bila mereka order stok akan dapat dengan cepat dan tak perlu menunggu lama. Itu paling penting.
Motivasi untuk Kak Yah sampai ke tahap sekarang ialah mambantu keluarga tersayang dan orang yang memerlukan. Jujurnya, pada mula bisnes Kak Yah berhajat untuk membantu 3 insan dalam hidup Kak Yah dengan membantu mereka menjual bantal hotel DAGTM dengan menjadi ejen.
Mereka memerlukan duit untuk keperluan hidup. Salah seorang daripadanya memerlukan duit untuk merawat anaknya yang sakit. Seorang lagi telah ditipu oleh seseorang dan terpaksa menanggung hutang mencecah RM300,000.
DAGTM : Dengar cerita, Kak Yah kini berjaya memiliki sebuah Vellfire idaman, tahniah! Adakah bisnes sampingan Kak Yah bersama DAGTM ini memainkan apa-apa peranan dalam pencapaian ini?
Jika tak keberatan, ceritalah serba sikit dengan kami mengenai kisah Kak Yah mendapatkan Vellfire vs bisnes DAGTM.
Seronok hantar bantal dengan 'lori kecil' ini, boleh bawa anak-anak sekali! |
Kak Yah:
Vellfire. Alhamdulillah atas segala nikmat yang Allah kurniakan. Tak terlintas pun di fikiran Kak Yah untuk memiliki Vellfire dalam masa terdekat. Tapi dengan semangat yang kental, pengalaman menghantar bantal hotel DAGTM dalam volume yang banyak pada ejen-ejen, terpaksa tinggalkan anak-anak bila kereta penuh dengan bantal, setiap hari Kak Yah berdoa agar dapat memiliki kereta yang besar. Siapa yang mengikuti Kak Yah di FB Raja Izni Munirah Omar pasti perasan akan keinginan Kak Yah untuk memiliki Vellfire. Kak Yah percaya berkat doa dan sokongan orang sekeliling Kak Yah, kawan2 FB, impian Kak Yah tercapai.
Betul, sebahagian deposit untuk membeli Vellfire adalah dari keuntungan yang Kak Yah dapat hasil jual bantal hotel DAGTM. Alhamdulillah.

DAGTM : Wahhh seronok dengar perkongsian Kak Yah ni, dan kami tumpang gembira dengan kejayaan Kak Yah memperoleh kereta idaman! Doakan kami barisan ejen DAGTM yang lain juga berjaya mencapai misi masing-masing.
Akhir sekali, boleh Kak Yah kongsi pengalaman/review menggunakan bantal keluaran DAG™?
Akhir sekali, boleh Kak Yah kongsi pengalaman/review menggunakan bantal keluaran DAG™?
Kak Yah:
Sebelum Kak Yah nak mulakan bisnes bantal hotel DAGTM , Kak Yah beli dulu 2 biji untuk rasa sendiri kegebuan yang dicanang-canang di FB. Kak Yah nak pastikan bantal yang Kak Yah nak jual ni betul-betul berkualiti.
Produk berkualiti dapat membuatkan bisnes kita bertahan. Jika produk tidak berkualiti, kita bukan sahaja akan hilang pelanggan dalam jangka masa yang panjang malah kita menyusahkan pelanggan secara tak langsung. Pelanggan akan rasa tertipu dan tidak berbaloi dengan pelaburan yang mereka buat untuk memiliki bantal yang berkualiti.
Alhamdulillah setelah melihat, merasa sendiri bantal hotel DAGTM , Kak Yah berpuas hati dan bertambah yakin untuk menjadi ejen.
-------------------------------------------
Seronok jadi ejen DAGTM ni, dengan perancangan bisnes yang mapan, DAGTM bukan sekadar menjual produk semata-mata, DAGTM juga berusaha untuk membantu ejen-ejen kami 'bangun' dan berdiri sebagai kelompok usahawan yang berwawasan.
Kami doakan Kak Yah Global dan pasukannya terus success dan berkembang maju!
Anda bila lagi nak sertai kami, ayuh!
Foto: FB Raja Izni Munirah | Nusya

Tahniah k yah.. Di atas kegigihan dlm berniaga. Semuga mencapai kejayaan berterusan dan menjadi inspirasi kepada peniaga lain. Syabas.. Proud of you.
ReplyDelete