Tips Bisnes: Brian Tracy - 7 Tips Sukses Dalam Jualan
Sebagai seorang pakar di dalam bidang jualan (sales) dan pembangunan diri, Brian Tracy ingin menyampaikan satu mesej khas kepada setiap penjual profesional; “Sekarang anda memiliki keupayaan untuk memperolehi pendapatan dua atau tiga kali ganda lebih banyak dari apa yang anda perolehi pada hari ini.” Ini merupakan kenyataan yang dipetik dari buku penulisan beliau iaitu ‘Unlimited Sales Success’, di mana beliau membuktikan bagaimana dengan hanya menjadi sukses di dalam bidang jualan, anda berupaya memiliki pendapatan berkali ganda dari sedia ada. Beliau percaya setiap orang mampu menjadi penjual yang sukses.
Di dalam buku beliau, Brian Tracy telah berkongsi 7 idea yang dapat digunakan sebagai panduan asas harian di dalam hidup dan sewaktu bekerja. Panduan ini jika diamalkan, secara tidak langsung ia pasti akan memberi kesan peningkatan dramatik ke atas hasil jualan anda.
- Bersikap Serius Dengan Kerja Anda
“Apa-apa yang kurang serius dari komitmen sukses di dalam penjualan adalah penerimaan sederhana yang tidak boleh diguna pakai.” pandangan Brian Tracy. Apabila anda membuat keputusan muktamad untuk menjadi yang terbaik di dalam perkara yang anda ingin lakukan, kehidupan anda akan mula berubah dan anda akan mula mengorak langkah menuju kejayaan di dalam bidang yang anda ceburi.
2. Kenal Pasti Kelemahan Kemahiran Diri Yang Menghadkan Sukses Jualan
Apakah satu kemahiran, jika dipelajari dan dikuasai ia sehingga cemerlang yang mampu gandakan hasil jualan dan keuntungan pendapatan anda? Tuliskan jawapan anda sekarang, kenal pasti apa yang perlu anda lakukan, pelajari dan bila boleh dimulakan. Apabila anda berjaya menguasai satu kemahiran ini, tanyakan semula soalan ini kepada diri anda untuk menguasai kemahiran yang seterusnya.
3. Berhati-hati Memilih Kawan
“Orang berjaya akan bersekutu dengan orang berjaya sahaja. Apabila anda mengubah cara berfikir dan menjadi seorang total optimis terhadap diri sendiri dan potensi diri, anda akan mula mencetus daya tarikan kepada orang lain yang mempunyai pemikiran dan matlamat yang sama ke dalam hidup anda. Dengan pemikiran begini, secara tidak langsung orang bersikap negatif dan tidak membantu kejayaan hidup akan menjauhi diri anda.” kata Brian Tracy.
4. Keputusan Untuk Hidup Lama
Kenal pasti tahap kesihatan fizikal dan kekuatan tubuh badan yang anda ingin kecapi untuk dinikmati selamanya, mungkin sehingga umur 90 tahun atau lebih lagi. Kemudian, meneliti amalan kesihatan anda sekarang dengan memberi keutamaan untuk memperbaikinya.
“Tugas anda pada hari ini adalah untuk menjaga diri ke tahap yang terbaik, agar anda dapat hidup lebih lama dan berasa puas hati terhadap diri sendiri sepanjang masa.” kata Brian Tracy.
5. Berlatih Visualisasi Secara Kreatif
“Apabila anda bervisualisasi dan nampak diri anda dalam keadaan tenang, yakin, positif dan berjaya. Minda separa sedar anda akan memprogramkan gambaran tersebut untuk dijadikan tindakan luaran diri agar ia selari dengan tindakan dalaman diri.” kata Brian Tracy.
6. Berlatih Bercakap Dengan Diri Sendiri Secara Positif
“Kata-kata yang paling hebat di dunia adalah kata-kata yang anda ucapkan kepada diri sendiri.” kata Brian Tracy. Daripada anda berasa ragu-ragu ke atas diri sendiri, lebih baik anda katakan kepada diri yang “Saya boleh lakukannya!”
Apabila anda kerap mengamalkan mesej positif, secara langsung ia akan menjadi satu program ke atas minda dan lama kelamaan ia akan menjadi satu amalan kebiasaan diri.
7. Bersedia Bertindak dan Terus Bertindak
Menjadi seorang yang aktif dalam mengambil tindakan dan bertindak dengan segera. “Seperti kata Albert Einstein, tidak akan bergerak sesuatu benda sehinggalah sesuatu yang menggerakkannya. Tugas anda adalah bergerak.” kata Brian Tracy.
Sumber: AzizanOsman.Com
Foto: Carian Google
Comments
Post a Comment