Kenapa Kita Tidur?

Pada tahun 2014, kita dikejutkan dengan sebuah berita di mana seorang peminat bola sepak di China mati kerana menonton Piala Dunia 2014 secara langsung dan tidak tidur selama 11 hari berturut-turut.

Kenapa pentingnya tidur? 


Dah berabad lamanya 'tidur' dianggap sebagai satu keadaan pasif di mana tubuh badan dan minda kita boleh berehat. 

Aristotle pula berpendapat, "Tidur ini seperti satu proses yang tidak disedari dan momen yang tidak penting, kerana persepsi deria kita juga seakan-akan hilang." Namun yang seronoknya, tidur ini medium terbaik untuk kita bermimpi. Kalau mimpi indah-indah, memanglah syok!

Walau bagaimanapun, beberapa dekad kebelakangan ini mendapati tidur bukan sekadar merehatkan tubuh badan dan minda. Sebaliknya, tidur sebenarnya satu lagi 'fasa kedua' untuk tubuh dan minda 'berjalan dan berfungsi' secara aktif dan kompleks. Waktu kita tidur pun, mereka ada kerja rupa-rupanya.

.
Tidur merupakan proses fisiologi yang amat penting untuk manusia dan juga haiwan. Jika tidak cukup tidur, secara automatik kita menjadi lemah dah tidak mampu untuk bekerja dengan lebih berkesan. Mulalah terasa letih dan penat, rasa nak melenting, leka dan cuai malah kurang daya kreativiti. Dalam sesetengah kes yang ekstrim, ia boleh menyebabkan maut, seperti kisah Piala Dunia 2014 tadi.

Seperti mana rasa 'lapar' mengingatkan kita kepada keperluan asas kita iaitu makanan, rasa mengantuk juga 'petanda' yang sama bahawa kita perlu tidur.




Kenapa dan bagaimana proses tidur berlaku belum dapat dijelaskan secara terperinci. Namun, William Dement salah seorang pakar yang menemukan proses Rapid Eye Movement (REM) Sleep berkata, "Setakat yang saya tahu pada hari ini, faktor mengapa kita perlu tidur sangat jelas dan terang iaitu kerana kita mengantuk." Kikiki.

Untuk pengetahuan peminat bantal-bantal hotel DAGTM semua, REM Sleep adalah salah satu fasa tidur di mana otak dan tubuh kita dicas supaya bertenaga. Pada waktu REM ini juga, minda kita aktif dan berlakunya mimpi.




Nak tidur? Ambil Bantal Hotel DAGTM, dan lupakan yang lain. Hehe.
Semoga mimpi anda indah-indah belaka!


Sumber: HowSleepWorks.Com | Foto: Ejen DAGTM dan carian Google | Nusya






Comments

Popular Posts