Tips Kehidupan: 7 Langkah Membuat Resolusi Tahun Baru & Mengekalkannya
Secara tradisi, Hari Tahun Baru digayakan sebagai masa yang sesuai untuk memulakan fasa baru dalam hidup. Ikuti tujuh langkah berikut sebagai panduan untuk membuat resolusi tahun baru supaya anda boleh kekal berpegang kepadanya sehingga berjaya mencapai matlamat anda.
Jika anda ingin mengubah hidup anda atau gaya hidup anda, jangan cuba untuk mengubah segala-galanya sekali gus. Sebaliknya, pilih satu aspek dalam hidup anda untuk diubah dan mulakannya. Jadikan ia sesuatu yang konkrit supaya anda tahu apa yang perlu diubah dengan perancangan untuk membuatnya. Jika anda berjaya dengan perubahan pertama, anda boleh membuat perubahan lain selepas sebulan atau lebih. Membuat perubahan kecil satu demi satu adalah lebih realistik daripada melakukan perubahan sekali gus
2. Merancang Lebih Awal
Untuk memastikan kejayaan, anda perlu menyelidik dan merancang lebih awal supaya anda mempunyai sumber yang diperlukan. Anda juga perlu sediakan dan dapatkan semua sistem untuk membuat perubahan anda. Anda boleh mencari maklumat dengan membaca tentang sesuatu perkara itu seperti berhenti merokok, bersenam untuk kesihatan atau menjadi ‘vegan’ melalui buku-buku atau menggunakan Internet. Kuncinya, anda perlu merancang untuk berjaya.
3. Menjangka Masalah
Senaraikan masalah yang mungkin berlaku. Jika anda boleh menjangka masalah pada masa-masa tertentu dalam sehari, dengan orang-orang tertentu atau dalam keadaan-keadaan tertentu, anda dapat mengenal pasti cara-cara untuk menghadapinya jika masalah timbul.
Anda tidak semestinya perlu membuat perubahan ini pada Hari Tahun Baru. Jika anda benar-benar mahu membuat perubahan, pilih hari yang sesuai apabila anda tahu anda sudah mendapat rehat yang secukupnya, bersemangat dan di kelilingi oleh orang-orang yang positif. Kadang-kadang, masa terbaik adalah ketika seluruh minda dan badan anda sudah bersedia sepenuhnya untuk mengambil cabaran itu. Anda akan tahu apabila tiba masanya.
Bermula dan bertindak 100% peratus. Jadikan matlamat itu satu komitmen dengan menuliskannya pada kad. Anda hanya perlu satu frasa pendek untuk disimpan di dalam dompet anda. Atau anda boleh menyimpannya di dalam kereta, di tempat tidur dan di cermin bilik mandi sebagai peringatan tambahan yang positif.
Kad Komitmen anda akan menyatakan sesuatu seperti:
- Saya suka kehidupan yang sihat dan bebas daripada merokok.
- Saya sentiasa bertenang dan terkawal walaupun dalam situasi yang tertekan.
- Saya komited untuk belajar bagaimana untuk menjalankan perniagaan saya sendiri.
- Saya berdoa setiap hari.
- Saya membantu orang lain setiap hari.
- Saya mengamalkan pemakanan yang sihat.
6. Menerima Kegagalan
Jika anda gagal dalam langkah-langkah mencapai matlamat anda, jangan bencikan diri anda. Buat nota apa yang menyebabkan anda gagal dan berjanji untuk belajar dari pengalaman itu. Contohnya, jika anda tahu bahawa menonton bola hingga lewat malam membuat anda mengidamkan rokok dan tidur terlalu lama pada hari berikutnya, anda boleh kurang melakukan aktiviti ini. Jika anda tahu anda selalu tergesa-gesa di waktu pagi sebelum ke pejabat, anda boleh bangun lebih awal atau membuat persiapan pada malam sebelumnya untuk memudahkan diri anda.
Mencari penyelesaian dan ketekunan adalah kunci kepada kejayaan. Cuba lagi, terus mencuba dan anda pasti akan berjaya.
7. Pelan Ganjaran
Ganjaran kecil adalah galakan yang terbaik untuk mengekalkan motivasi diri anda selepas melalui hari pertama yang paling sukar. Selepas itu, anda mungkin boleh memberi ganjaran kepada diri anda seminggu sekali dengan membeli majalah kesukaan anda, berjumpa dengan rakan sokongan, tidur di siang hari, menonton wayang atau apa sahaja yang membuatkan anda gembira.
Kemudian anda boleh menukar ganjaran itu menjadi setiap bulan dan kemudian pada akhir tahun 2017. Ganjaran ini akan menjadi sesuatu yang anda harapkan di masa hadapan. Anda telah berusaha gigih dan wajar mendapatkan ganjaran tersebut.
Apa jua rancangan dan matlamat anda untuk tahun 2017, anda perlu sentiasa ingat yang ‘hanya anda sahaja yang dapat merubah hidup dan nasib anda untuk kebaikan sendiri’. Oleh itu, ambil langkah-langkah yang perlu untuk merubah hidup anda dan rancang bagaimana anda akan mencapainya.
Sumber: AOTribe.Com.My | Foto: Carian Google
Comments
Post a Comment